fbpx

Apakah yang dimaksudkan dengan HGH?

Apabila lelaki mencapai usia 30 tahun, mereka memasuki tempoh yang dikenali sebagai “somatopause,” di mana tahap hormon pertumbuhan manusia mula merosot dengan usia. Hormon pertumbuhan manusia atau lebih dikenali sebagai HGH berfungsi untuk mencegah penuaan biologi, membantu anda membina otot dengan cepat, membakar lemak, meningkatkanlibido (dorongan seksual) dan meningkatkan tahap tenaga. Akan tetapi apabila terdapat perbincangan tentang HGH, sering kali kita mempunyai lebih banyak soalan daripada jawapan.

Untuk membantu anda menentukan sama ada anda memerlukan HGH, sila baca Q&A kami untuk mendapatkan jawapan kepada soalan yang sering ditanyakan dan mempelajari bagaimana untuk mengawal pengeluaran HGH anda secara semulajadi dan melalui penggunaan sumber sintetik.

Apakah yang dimaksudkan dengan HGH?

Human Growth Hormone (HGH) adalah hormon peptida berasaskan protein. Hormon penting ini dihasilkan di kelenjar pituitari, atau lebih dikenali sebagai ‘Master Gland’,  Hormon ini merangsang pertumbuhan, pembiakan sel, dan penjanaan semula di dalam badan kita. Kelenjar pituitari secara semulajadinya akan merembeskan hormon, tetapi pengeluaranya akan berkurang secara beransur-ansur apabila umur kita semakin meningkat.

Apakah tanda-tanda anda mempunyai paras HGH yang rendah?

Senarai simptom yang berkaitan dengan kekurangan HGH adalah sangat meluas. Oleh kerana HGH mempunyai reseptor di dalam otak, anda mungkin boleh mengalami kemurungan, perubahan dari segi emosi, susah untuk tidur, konsentrasi yang lemah, fungsi kognitif terjejas, dan kehilangan ingatan.

Dari segi fizikal, kekurangan HGH boleh menyebabkan peningkatan berat badan, otot mengecil, kerapuhan tulang, kedutan, selulit, kulit kendur, kuku yang rapuh, penipisan rambut, keguguran rambut dan uban. Di antara simptom lain kekurangan HGH termasuk libido rendah, kekurangan tenaga dalam seks dan mati pucuk.

Apakah faedah HGH?

Faedah terapi HGH termasuk meningkatkan aliran oksigen dan darah, meningkatkan kadar metabolik untuk membakar lemak, menyihatkan rambut, kulit dan kuku, meningkatkan kekuatan otot dan kesihatan tulang, meningkatkan tumpuan dan konsentrasi, meningkatkan tenaga batin dan mangatasi kejadian mati pucuk.

Bagaimana saya ingin mengetahui jika saya mempunyai HGH yang rendah?

Berjumpa dengan doktor akan membantu anda menyelesaikan masalah ini. Doktor akan mengambil sejarah yang menyeluruh, melakukan pemeriksaan fizikal dan membuat beberapa ujian darah. Sebaik sahaja keputusan ujian keluar, doktor akan dapat menentukan jika anda mempunyai tahap hormon pertumbuhan manusia yang rendah.

Adakah kekurangan HGH akan menjejaskan pengeluaran testosteron?

Ya. Lelaki yang mangalami mati pucuk sering mempunyai tahap HGH yang rendah dalam badan, dan ini juga akan menyebabkan tahap testosteron mereka rendah.

Bagaimanakah saya boleh meningkatkan tahap HGH dalam badan?

Ada berbagai cara untuk meningkatkan HGH di dalam badan iaitu melalui suntikan HGH dan juga secara semulajadi. Contoh cara semulajadi adalah seperti bersenam, mendapatkan tidur yang mencukupi, mengurangkan tekanan, mengamalkan diet yang sihat, dan berpuasa secara berselang sebentar atau “Intermittent Fasting”

Bagi suntikan HGH,  hormon pertumbuhan akan disuntik ke dalam badan dan akan terus diserap ke dalam aliran darah. Terdapat makanan tambahan (oral supplement) yang berada di pasaran yang mendakwa ia dapat meningkatkan tahap hormon pertumbuhan. Akan tetapi, tiada makanan tambahan HGH yang mengandungi hormon pertumbuhan manusia yang sebenar dan pengambilan suplemen ini tidak akan memberi apa-apa kesan untuk meningkatkan tahap hormon pertumbuhan manusia anda.

Apakah jenis suntikan HGH yang berbeza?

Terdapat beberapa pilihan penyuntik yang popular untuk terapi HGH bagi orang dewasa iaitu penggunaan tunggal (single-use), prefilled, picagari pakai buang, pen hormon pertumbuhan manusia yang menggunakan kartrij yang boleh diubahsuai, sistem pen penyuntik HGH semua-dalam-satu unit yang diisi dengan HGH dan serbuk lyophilized HGH di dalam botol.

Apakah kesan sampingan produk Hormon Pertumbuhan?

Bukan semua orang yang menggunakan HGH akan  mendapat kesan sampingan. Kesan-kesan sampingan juga bergantung kepada dos yang diambil, contohnya dos yang lebih tinggi mempunyai kebarangkalian yang lebih tinggi untuk memberi kesan sampingan.

Kesan-kesan sampingan produk hormon pertumbuhan termasuk:

  • Paras glukosa darah tinggi
  • Kemerahan di tapak suntikan
  • Sakit kepala
  • Curahan (Kemerahan/ Kepanasan)
  • Sakit sendi
  • Hiperaktiviti / Terlebih aktif
  • Ruam (jarang berlaku)

Di manakah saya boleh mendapatkan HGH di Malaysia?

HGH perlu digunakan dengan berhati-hati dan dengan penuh pertimbangan. Walaupun risiko terapi HGH tidak boleh dielakkan sepenuhnya, tetapi ia boleh dikurangkan apabila diambil di bawah pemerhatian doktor perubatan yang berpengetahuan.

Hanya gunakan HGH yang anda perolehi melalui preskripsi doktor dan berjumpa dengan doktor dengan lebih kerap semasa anda mengambilnya. Membeli HGH secara haram akan menyebabkan anda memperoleh produk yang telah rosak atau tidak asli yang sememangnya sangat berbahaya. Terdapat banyak laman web yang menjanjikan produk HGH asli tetapi mereka sebenarnya menjual produk yang palsu. Saya pasti ramai yang telah dikunjungi oleh “ejen” di gimnasium yang cuba untuk menjual produk bagi “meningkatkan badan” .

Jika anda mendapatkan ubat tersebut secara haram, anda mungkin tidak tahu apa yang anda ambil sebenarnya. Oleh kerana kos yang tinggi, ubat HGH sering dipalsukan. Jika anda tidak memperolehi HGH daripada doktor anda, anda mungkin mendapat produk yang tidak diluluskan.

Kesimpulannya, pengambilan HGH mungkin mempunyai implikasi yang berbahaya, terutamanya jika anda tidak mempunyai preskripsi yang sah dan susulan yang tetap dengan doktor anda. Berbincang dengan doktor anda sebelum mempertimbangkan sebarang bentuk HGH.

Doktor kami telah dilatih dalam mengenal pasti  dan merawat kekurangan HGH. Sila lawati kami di Cawangan KL Eco City atau 3 Damansara untuk berjumpa dengan doktor kami mengenai masalah kekurangan HGH, dan mengatasinya dari segi perspektif yang betul. Sila hubungi kami dan kami dengan berbesar hati akan  membimbing anda melalui masalah ini.

Hubungi kami hari ini!

Share on social:

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email

Articles

Related Posts

Recent Posts

Urethritis

Ureaplasma is a type of bacteria that can infect the urinary and genital tracts. Ureaplasma

Read More »

Sperma yang sihat

Mempunyai sperma yang sihat meningkatkan peluang untuk hamil dan mempunyai bayi yang sihat. Kualiti dan

Read More »