Penyakit Peyronie adalah keadaan gangguan tisu perantara yang menyebabkan tisu parut terbentuk di dalam lapisan kulit zakar dan buah zakar. Ia membawa kepada kelengkungan zakar atau kecacatan zakar. Sesetengah pesakit mungkin boleh mengalami ketidakselesaan atau sakit semasa ereksi dan juga sakit semasa hubungan seksual.Ini boleh menyebabkan kecelaruan psikoseksual ( merasa takut semasa melakukan hubungan seks ), malah akan menyebabkan masalah mati pucuk dalam keadaan teruk.
Simptom Penyakit Peyronie
- Zakar bengkok
- Zakar mengecil
- Zakar sakit semasa seks dan ereksi
- Disfungsi ereksi
Dua fasa berbeza penyakit Peyronie
Fasa active – ianya adalah pengumpulan dan pembentukan plak pada bahagian bawah kulit zakar menyebabkan sakit zakar
Fasa stabil – ianya berlaku apabila pengubahsuaian berhenti atau mungkin mengalami kesakitan atau tidak, dan dengan gejala-gejala yang tidak berubah melebihi 3 bulan dan ke atas.

Faktor risiko penyakit Peyronie
- Keturunan keluarga
- Gangguan tisu penghubung : Kontraksi Dupuytren (penyakit ini berlaku apabila tisu elastik biasa di bawah kulit telapak tangan dan jari anda menjadi tebal dan tegang)
- Umur (biasanya meningkat pada usia 50-an ke atas)
- Obesiti
- Merokok
- Penyakit kencing manis
- Peristiwa traumatik teruk atau kecederaan berterusan seperti atletik
Punca Penyakit Peyronie
Masih tidak diketahui. Tetapi jika pesakit pernah mengalami peristiwa traumatik atau mengulangi kecederaan yang disebabkan oleh seks, atau seperti aktiviti atletik, ia boleh menyebabkan pembentukan tisu parut dan memburukkan keadaan kelengkungan pada zakar.
Diagnosis penyakit Peyronie
- Pemeriksaan fizikal : doktor akan memeriksa dengan melakukan palpasi di tempat kemaluan. Plak tidak semestinya boleh dikesan, ianya bergantung kepada ukuran plak. Doctor boleh mengesan kelengkungan zakar jika kelengkungan tersebut adalah jelas.
- Pengimejan ultrasound/ultrabunyi : Membantu mengesan masalah ketidakbiasaan zakar dan juga memeriksa pengaliran darah zakar ( sekiranya berlaku penyumbatan saluran darah)
Apakah rawatan untuk penyakit Peyronie?

- Kebiasaannya ia tidak boleh dirawat dengan ubat oral
- Ada beberapa rawatan yang disyorkan, seperti :
- Suntikan steroid : Membantu memecahkan saiz plak
- Suntikan Enzim yang disebut kolagenase, dijual sebagai Xialex. Ianya diguna untuk memecahkan plak.
- Ubat Verapamil : Digunakan untuk mengawal penyakit darah tinggi. Ia juga boleh digunakan untuk pengeluaran kolagen .
- Interferon: Sejenis protein yang mengganggu pengeluaran tisu berserat dan juga memecahnya.
- Terapi Shockwave Extracorporeal : Ia adalah terapi bukan invasif. Rawatan dilakukan dengan alat untuk menembak di kawasan plak untuk mengurangkan dan memecahkan tisu parut. Sebanyaknya memerlukan tiga sesi atau lebih untuk melihat peningkatannya.
- Pembedahan:
- – jahit di tempat yang tidak terlibat.
- – hirisan, eksisi and cantuman.
- – Implan zakar
- Rawatan lain:
- – Iontophoresis adalah teknik yang menggunakan arus elektrik untuk memberikan kombinasi verapamil dan steroid secara tidak langsung melalui kulit.
- Suntikan plasma kaya dengan platelet juga disarankan untuk suntikan lokal dengan mempromosikan pertumbuhan semula tisu sekitarnya dan pembinaan semula saluran darah baru untuk meningkatkan aliran darah zakar.
Komplikasi Penyakit Peyronie
- Disfungsi ereksi
- Gangguan kegelisahan dan tekanan
- Keharmonian keluarga terjejas kerana kehidupan seksual yang tidak memuaskan