fbpx

Penyakit Prostatitis

Apa itu penyakit Prostatitis?

Penyakit prostatitis adalah pembengkakan dan keradangan yang berlaku di kalenjar prostat.

Kalenjar prostat adalah terletak di bawah pundi kencing lelaki dan fungsinya adalah untuk menghasilkan air mani.

Gangguan ini sering berlaku kepada lelaki dalam linkungan 30 hingga 50 tahun.

Penyebab Prostatitis & Jenis-jenis Prostatitis

Penyakit prostatitis boleh dibahagikan kepada empat jenis yang utama mengikut penyebabnya:

1.Prostatitis Bakteria Akut

Ini disebabkan oleh jangkitan pada kalenjar prostat. Jenis bakteria yang menjadi penyebab utama untuk jangkitan ini adalah 

Escherichia Coli ( E.Coli), N.Gonorrhoea dan Chlamydia Trachomatis.

Gejala yang dirasakan selalunya agak teruk dan berlaku secara tiba-tiba.

2.Prostatitis Bakteria Kronik

Jenis ini juga disebabkanm oleh jangkitan bakteria. Tetapi, jenis jangkitan ini berlaku secara perlahan-lahan. Selalunya, gejala untuk penyakit ini berbentuk lebih ringan walaupun dalam jangka masa yang lama.

3.Chronic Pelvic Pain ( CPPS) -SIndrom sakit Pelvis yang Kronik

Ini adlah jenis prostatitis yang menimbulkan rasa sakit di pinggul dalam jangka waktu yang lama. Penyebabnyaa belum ketahui. 

Kecederaan pada saraf di sekitar prostat, jangkitan buah pinggang dan penyakit usus boleh menyebabkan penyakit ini.

4.Penyakit Prostatitis tanpa Simptom ( Asymptomatic Chronic Prostatitis)

Sama seperti CPPS. Penyebabnye belum diketahui.Selalunya kondisi ini detahui semasa pemeriksaan kesihatan sebab tidak menimbulkan sebarang gejala pada awalnya.

Gejala Prostatis

  • Sukar untuk membuang air kecil
  • Kerap merasa untuk seperti hendak buang air kecil
  • Darah dalam air kencing
  • Sakit semasa ejakulasi
  • Kencing berbuih and berbau
  • Demam and mengigigil

Komplikasi Penyakit Prostat

  • Jangkitan kuman di saluran darah
  • Jangkitan kuman di buah pinggang
  • Ketidaksuburan
  • Peradangan di saluran sperma

Diagnosis dan Rawatan untuk Prostatitis

Langkah awal yang dilakukan oleh doctor adalah pemeriksaan fizikal diikuti dengan ujian seperti dibawah:

  • Ujian air kencing/Air mani
  • Ujian darah
  • Scan ( Ultrasound/CT) 
  • Sitoskopi

Rawatan: 

* Rawatan Antibiotik

* Ubat tahan sakit 

*Penggunaan Katheter

* Pembedahan melalui prosedur (TURP : Transurethral Resection of Prostate)

* ESWT-sejenis rawatan untuk kurangkan keradangkan and sakit disebabkan oleh penyakit prostatitis yang kronik

Share on social:

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email

Articles

Related Posts

Recent Posts

Urethritis

Ureaplasma is a type of bacteria that can infect the urinary and genital tracts. Ureaplasma

Read More »

Sperma yang sihat

Mempunyai sperma yang sihat meningkatkan peluang untuk hamil dan mempunyai bayi yang sihat. Kualiti dan

Read More »