fbpx

Profilaksis Pra-Pendedahan Kepada HIV

HIV PrEP adalah singkatan untuk Human Immunodeficiency Virus Pre-Exposure Prophylaxis.

PrEP ialah ubat yang diambil setiap hari untuk mengurangkan risiko untuk menjangkiti HIV. Ia merupakan ubat yang bertindak sama seperti tablet untuk mencegah malaria atau ubat pencegah kehamilan yang diambil setiap hari.

PrEP tidak patut dikelirukan dengan PEP, iaitu Profilaksis Selepas Pendedahan atau Post-Exposure Prophylaxis. PEP merupakan ubat yang diambil selepas seseorang itu berpotensi dijangkiti HIV.

Apakah itu ubat PrEP?

Tablet PrEP adalah mempunyai komposisi yang terdiri daripada dua jenis ubat:

  1. Tenofovir disoproxil fumarate 300 mg (TDF)
  2. Emtricitabine 200 mg (FTC)

Sejauh Manakah PrEP Tersebut Efektif?

Secara keseluruhannya, kumpulan orientasi seksual yang berbeza mempunyai kadar pelindungan yang berbeza. Menurut empat kajian di bawah United States’ Centers of Disease Control & Prevention’s Interim Guidelines, PrEP mempunyai had pelindungan yang luas, iaitu 50%-84% daripada HIV. Kadar pelindungan setinggi 99% juga pernah didokumentasi dalam publikasi yang lain.

Masyarakat umum harus memahami bahawa PrEP adalah sekadar cara yang lain untuk mengelakkan HIV. Dengan itu, pengambilan PrEP sahaja tidak akan mencukupi dan patut digunakan dengan langkah pencegahan yang lain yang termasuk:

  1. Penggunaan kondom yang selalu, kerap dan betul.
  2. Pasangan yang dijangkiti HIV mempunyai akses untuk mendapat rawatan
  3. Pengetahuan yang terperinci
  4. Lelaki yang sudah berkhatan

Apakah Kesan Sampingan PrEP?

Ramai pesakit yang tidak mengalami kesan sampingan. Meskipun terdapat kesan sampingan yang dialami, kesan tersebut tidak begitu signifikan yang boleh dirawat.

Kesan sampingan kecil termasuk:

  • Rasa mual
  • Pening kepala
  • Penurunan berat badan

Kesan sampingan makro (yang jarang berlaku) termasuk:

  • Kesan kepada buah pinggang
  • Kesan kepada kepadatan tulang

Bilakah dan bagaimanakah saya boleh mula mengambil PrEP?

Sebelum memulakan pengambilan ubat PrEP, pesakit mesti mengunjungi klinik kami dan menjalani beberapa ujian yang termasuk dan tidak terhad kepada:

  • Ujian HIV
  • Ujian penyakit kelamin/STD
  • Ujian fungsi buah pinggang/ hati

Selepas ini, pesakit boleh terus memulakan pengambilan tablet PrEP. Ia disarankan untuk mengambil ubat ini untuk sekurang-kurangnya 7 hari sebelum melakukan aktiviti yang berpotensi untuk memberikan risiko kepada pesakit.

Bolehkah saya berhenti mengambil PrEP?

Anda dinasihatkan untuk teruskan mengambil PrEP untuk empat minggu lagi selepas insiden berisiko tersebut.

Ia juga disarankan untuk berjumpa dengan doktor anda setiap tiga bulan untuk membuat ujian HIV dan penyakit kelamin/STD yang lain. Ingatlah bahawa PrEP hanya membantu dalam pengurangan risiko HIV, dan bukan STD yang lain.

Berapa lama saya boleh mengambil PrEP?

Ubat PrEP boleh diambil mengikut kehendak. Ia patut diambil selagi anda berisiko untuk dijangkiti HIV.

Pesakit dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor anda setiap tiga bulan untuk ujian HIV dan penyakit kelamin yang lain, dan juga untuk memantau sekiranya ada kesan sampingan lain yang memerlukan ujian darah.

PrEP boleh menyelamatkan nyawa.

Share on social:

Articles

Related Posts

Recent Posts