Douching, tanpa disedari sedang dilakukan oleh kebanyakan wanita di Malaysia. Douching, perkataan ini diambil daripada perkataan Perancis, ‘douche’ yang bermaksud cuci atau rendam.
Vagina douching bererti membersihkan vagina dengan cairan yang terdiri dari campuran berbagai bahan kimia seperti cuka, baking soda atau ubat-ubatan herba. Segelintir wanita yakin dengan melakukan douching, ia mampu melegakan kegatalan dan membuatkan mereka merasa lebih bersih.
ADAKAH VAGINAL DOUCHING DISYORKAN?
Untuk megelakan kekeliruan di kalangan wanita, douching tidak disyorkan dari segi medikal.
Ini adalah disebabkan, vagina merupakan organ yang boleh membersihkan dirinya sendiri. Vagina mempunyai pelbagai jenis kelenjar yang boleh menghasilkan cecair yang boleh mempertahankan keseimbangan semula-jadinya sendiri. Ini juga akan pastikan bakteria semulajadi tidak dihapuskan. Anda tidak perlu menggunakan barang asing untuk membersihkannya.
APAKAH AKIBAT DOUCHING?
Douching boleh menganggu keseimbangan flora semulajadi dalam vagina. Hal ini boleh menyebabkan vagina mengeluarkan cecair atau lendiran yang luar biasa dan berbau busuk. Paling parah, jangkitan kuman juga mampu menyebabkan endometriosis. Infamatori pelvis (PID) ialah jangkitan kuman pada rahim (uterus), tiub fallopian dan kalenjar kilang ovari. Kajian menunjukkan wanita yang mengamalkan douching lebih berisiko untuk mendapat PID berbanding mereka yang tidak melakukan amalan tersebut.
Penggunaan bahan kimia juga boleh menyebabkan kulit vagina menjadi lebih sensitif dan akan menjadi penyakit kulit yang lebih teruk.
CARA MENGHILANGKAN BAU ATAU PELEPASAN VAGINA
Bau vagina selalunya disebabkan oleh infeksi ke vagina dan adalah lebih baik jika membuat temu-janji dengan doktor. Doktor boleh periksa dan juga memberi rawatan yang bersesuaian. Dengan mengambil ubat yang berpatutan, bau dan juga “discharge” akan berkurang.
Dari segi pembersihan, anda hanya perlu bersihkan bahagian luar vagina dengan air biasa tanpa mengunakan sabun yang wangi. Anda tidak perlu bersihkan bahagian dalam vagina.
TANGGAPAN SALAH BERKENAAN DOUCHING
Ramai wanita mempunyai tangappan yang salah berkenaan douching. Douching tidak boleh mengelakkan atau mengugurkan kehamilan. Douching juga tidak boleh mengelakkan atau mengurangkan risiko jangkitan kelamin.
Anda haruslah mengadakan hubungan intim dengan memastikan pengunaan kondom yang betul dan hanya dengan pasangan yang sama sentiasa. Anda perlu kurangkan kadar penukaran pasangan untuk mengurangkan risiko mendapat penyakit kelamin yang lebih serius.
Jika anda mempunyai sebarang persoalan, anda boleh berjumpa dengan doktor wanita kami di klinik.